Program GPM bersama PKG Tawau

Berada di sini selama dua hari memberikan banyak ilmu asas kewartawanan yang pastinya tidak akan berulang lagi.

HARI PERTAMA BENGKEL
Slot bersama SALMAN ABADI
Bertugas sebagai juruacara bengkel sepanjang bengkel berlangsung. Terima kasih kepada PKG atas kepercayaan yang diberikan kepada saya.

Encik Sulaiman bin Musi
Pegawai Bahagian Teknologi Pendidikan II sedang menyampaikan kata alu-aluan beliau sambil memperkenalkan dua orang penceramah jemputan khas iaitu;-
1. Salman Abdullah [SALMAN ABADI),PPD Beluran,Sandakan
2. En.MU Ridzuan bin Jusri [Pegawai BTP PKG Beluran]

 SALMAN ABADI
Penceramah dari PPD Beluran, juga merupakan seorang wartawan untuk akhbar Utusan Borneo. Seorang yang sangat berpengalaman serta berpengetahuan luas dalam bidang kewartawanan.
SALMAN ABADI sedang berbicara tentang akhbar Utusan Borneo. Beliau menekankan aspek penulisan berita yang menggunakan konsep 5W 1H.
 Para peserta sedang khusyuk menelaah keratan akhbar yang sedang dibincang dalam slot bengkel SALMAN ABADI
Perbincangan dalam kumpulan sedang berlangsung. Setiap kumpulan ditugaskan untuk menyiapkan sebuah laporan berita berpandukan tajuk-tajuk yang diberikan.

Slot bersama MU RIDZUAN JUSRI
"Asas Fotografi"
Encik MU sedang menerangkan tentang asas-asas fotografi khususnya gambar-gambar yang sesuai untuk dihantar kepada pihak akhbar.
Beliau memberikan beberapa tips yang menarik berkenaan ciri-ciri gambar yang baik dan berkualiti,terutamanya apabila sesuatu gambar itu dicetak.

Penyampaian Sijil & Ceneramata Kepada Penceramah
 En. Sulaiman bin Musi menyampaikan sijil serta cenderamata kepada penceramah pertama.

 Sijil dan cenderamata juga diberikan kepada penceramah kedua.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan